Monday, April 26, 2010

3.2. nasihat dan pengajaran yang baik

Berdakwah melalui nasihat dan pengajaran yang baik (mauizah al- hasanah).

Perkataan mauizah al-hasanah membawa maksud sebagai jalan untuk menyampaikan dakwah dan uslub berdakwah bertujuan untuk mendekati bukan menjauhkan, memudahkan bukan menyusahkan, mengasihi dan bukan menakutkan. Menurut Imam al-Ghazali, mauizah al-hasanah adalah beberapa pengajaran dan nasihat yang berdasarkan kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan aspek perkhabaran yang mengembirakan dan ancaman yang menakutkan kemudian disertai dengan kesabaran dan keikhlasan dalam nasihat yang diberikan.

Beberapa ciri mauizah al-hasanah adalah seperti nasihat yang menjurus kepada keredhaan Allah s.w.t.; nasihat dan pengajaran yang dapat melembutkan hati serta meninggalkan kesan yang mendalam, ia juga perlu mengandungi unsur at-targhib dan at-tarhib iaitu galakan dan pencegahan; merujukkan contoh tauladan yang terbaik dan akhlak yang terpuji sebagai model untuk diikuti; serta mendedahkan kebaikan dan kebajikan Islam bagi menarik minat dan keinginan kepada Islam.

No comments:

Post a Comment