Thursday, April 22, 2010

3. USLUB DAKWAH

USLUB DAKWAH.

Usaha yang dilakukan tanpa perancangan tidak akan dapat menghasilkan
suatu produk atau hasil yang baik dan memuaskan. Begitu juga dengan
usaha dakwah perlu diiringi dengan perancangan dan pengurusan yang baik.
Setiap perancangan dan pengurusan dakwah perlu melihat kepada uslub atau
kaedah yang baik bagi menentukan hasil yang memuaskan dan menepati
kehendak sasaran. Pemahaman uslub dakwah yang jelas dan mantap amat
penting agar segala aktiviti dakwah tidak tergendala dan menghadapi banyak
rintangan. Biarpun begitu, setiap usaha untuk menyampaikan risalah Allah
tidak dapat lari dari berhadapan dengan mehnah dan tribulasi. Namun,
kebijaksanaan perancangan amat perlu bagi meminimumkan tribulasi
tersebut.

Uslub membawa erti ‘tariq’ iaitu jalan. Uslub dalam ilmu dakwah lebih
difahami sebagai kaedah atau metode dakwah. Menurut Abdullah Mohd. Zin,
‘Method means a particular way of doing something’. A particular way boleh
diertikan sebagai jalan atau kaedah yang tertentu untuk melakukan sesuatu.6
Dalam perkara ini, Muhammad Mahmud al-Sawwaf dan Muhammad Husayn
Fadlullah sepakat menyimpulkan bahawa uslub dakwah yang utama disebut
dalam al-Quran yang bermaksud:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.

Berdasarkan ayat ini, terdapat tiga kaedah atau metode yang baik bagi
menjalankan aktiviti dakwah iaitu dengan cara hikmah kebijaksanaan (bil-
hikmah), nasihat dan pengajaran yang baik (mauizah al-hasanah) dan
berbahas dengan cara yang baik (mujadalah billati hiya ahsan).


No comments:

Post a Comment