Monday, April 26, 2010

7. Contoh Pendakwah Cemerlang.

Contoh Pendakwah Cemerlang.

Pendakwah dan orang yang didakwahnya hendaklah menjalinkan hubungan yang baik, ia hendaklah memimpin, menasihati dan memberi panduan kepada mereka agar tugas dakwah beroleh kejayaan. Para pendakwah juga perlu mengetahui keadaan orang yang didakwahnya dengan mempelajari adat, cara hidup, tabiat serta budaya mereka supaya dakwahnya akan diterima dan sampai ke dalam hati mereka.

Pendakwah yang cemerlang adalah pendakwah yang mempunyai contoh seperti berikut:

1. Pendakwah yang menjaga kehormatan manusia serta perasaan mereka apabila berdakwah, amanah dalam menyimpan rahsia, jangan sekali-kali mencaci, menghina atau mengaibkan seseorang yang lain hingga menjatuhkan maruahnya di khalyak umum.

2. Pendakwah yang tidak takut atau tergugat dengan dugaan dan fitnah kerana usaha dakwah adalah tugas yang murni dan mulia disisi Allah.

3. Pendakwah yang tidak berasa hina apabila menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Orang yang menghina pendakwah sebenarnya menghina dirinya sendiri kerana terlalu memenuhi kehendak duniawi.

4. Pendakwah tidak boleh mencari kesalahan atau kesilapan orang lain dalam melaksanakan tugasnya.

5. Pendakwah tidak boleh melakukan perkara yang haram hanya semata-mata kerana mahu melaksanakan tugas dakwah.

1 comment:

  1. Best casino site! Live Dealer Games - Lucky Club
    The best free casino games and casino bonuses available! Live Dealer gaming is an exciting game in which you bet on whether a jackpot Mon, Dec 13Extra Salt - paINMon, luckyclub Dec 13Atlas Guadalajara - Club LeonMon, Dec 13Mykola Polysynskyi

    ReplyDelete